23 February, 2010

Stokin wudhu' SOKA


Designed specially for modern Muslim...you can use this socks without removing it from your feet, hassle free, comfortable, convenient.

Dibuat dari kain campuran Nylon dan Spandex (tebal, berkualiti tinggi, tahan lama dan stretchable).Saya sendiri telah mencubanya dan alhamdulillah selesa tak seperti stokin wudhu lain yg ada di pasaran.Hanya RM11 sahaja ( penghantaran PERCUMA )

23 January, 2010

Salam pelanggan-pelanggan elkhadeeja yg dihormati

Untuk sub-agen produk elkhadeeja khususnya sub agen tshirt labuh muslimah , bermula dari Januari tahun 2010 , elkhadeeja hanya akan menghantar stok baju sekiranga pembayaran penuh telah dijelaskan.Bagi sub agen dari sekolah-sekolah,elkhadeeja tidak lagi menguruskan tempahan secara individu ,anda diminta untuk membuat tempahan dengan menyatakan no bilangan dan design sahaja.Ini kerana sebelum ini ada pihak sub agen yg menghantar tempahan melampirkan senarai nama pelajar-pelajar bersama dengan tempahan mereka.Sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya melalui email elkhadeeja@gmail.com.

20 February, 2009

Pengumuman penting buat pelanggan yang dkasihi dan dihormati

Assalamualaikum wb buat semua pelanggan setia El Khadeeja


Pertama sekali , El Khadeeja ingin memaklumkan bahawa stok Floral telah kehabisan stok untuk sementara waktu disebabkan sambutan yang begitu menggalakkan dari pelanggan dan untuk itu kami telah pun order sto2 berkenaan dari pembekal pada bulan Januari yang lalu.


Amat mendukacitakan bahawa kami baru sahaja dimaklumkan oleh pembekal bahawa stok2 yang telah kami tempah ( yang sepatutnya diterima 27/2/2009) dijangkakan mungkin akan siap dan sampai di El Khadeeja pada bulan Mac ini.Justeru,kami ingin memohon jutaan kemaafan bagi pelanggan yang masih belum mendapat tshirt muslimah kod floral.Diharap anda dapat bersabar dan sebagai tanda penghargaan El Khadeeja terhadap anda , kami akan memberi anda kupon diskaun untuk pembelian di El Khadeeja.blogspot.com ( hanya untuk pelanggan yang menempah pada akhir Januari 09 shj).Walaubagaimanapun,tempahan untuk kod Floral masih dibuka bagi pelanggan2 yang berminat untuk mendapatkannya.


Kedua , bagi mereka yang telah menempah tshirt muslimah keluaran BroArt , stok2 telah pun smpai dan bakal menemui anda di post box rumah anda :) Bagi yang telah membayar deposit , boleh lah membuat bayaran penuh.Penghantaran akan bermula minggu depan,jadi sila pastikan alamat2 yang diberi tiada sebarang kesilapan.Untuk makluman , design baru Bro Art Proud to bee muslim dan tree of iman akan berada di pasaran pada bulan Mac.Kami dimaklumkan oleh pihak Bro Art bahawa stok2 design tersebut masih belum siap.Stok2 baru yang telah siap ialah arm sleeves , modesty .... , dan true beauty.

Disini juga , kami ingin mengambil kesempatan yang ada untuk menguapkan terima kasih bagi mereka yang berminat untuk mndapatkan tshirt di El Khadeeja.blogpot.com secara borong.Diharapkan agar anda dapat "confirmkan" stok yang ada di El Khadeeja sebelum menerima bayaran dari pelanggan2 anda.


Akhir sekali , jutaan terima kasih kami ucapkan buat anda semua di atas kesudian anda menjadi pelanggan kami samada di alam cyber mahupun alam maya.Semoga dengan usaha yang sedikit dari kami ini berjaya menarik hati saudari2 seIslam dan juga Non Muslim kita untuk berpakaian mengikut garis panduan yang disyariatkan dalam Islam.Dalam pada itu , jangan kita lupa pada saudara kita di Gaza.Hulurkan bantuan sebanyak yang kita mampu untuk mreka menerukan perjuangan mereka untuk mempertahankan bumi Palestin.


Haibar , haibar .. haibar yayahud !!! Jaisyu Muhammad , sau faya 'ud !!!





Salam jihad business ,

Puan Fazlina Binti Samsuddin
dan seluruh warga El Khadeeja